KISAH SI ATUK TUA

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Usai solat isyak tadi terkedu aku seketika..terkejut aku..sewaktu solat tadi rupanya seorang pakcik tua,oh tidak mungkin seorang lelaki yang bole ku panggil “atuk” solat di sebelah ku..seraut wajahnya menggambarkan keuzuran yg teramat sangat..mata nya layu, kulit mukanya penuh kedut, badan nya kelihatan amat lemah sekali ..tetapi ada sesuatu yg aku amat kagum terhadap “atuk ” ini..semangat nya..ya semangat nya untuk datang solat berjamaah ke surau..

Sudah lama ku perhatikan “atuk ni”..boleh dikatakan setiap waktu solat dia berada di surau menemani sang imam dan jamaah-jamaah nya yg lain menunaikan solat secara berjamaah..walaupon jarak dari rumah nya ke surau agak jauh tapi dia masih lagi mampu menggagahkan dirinya untuk ke surau..air mata ku menitis…mana rakan-rakan sebaya ku???mana junior-junior ku??mana kah semua pemuda-pemuda di kawasan ini yang badan nya masih sihat dan kuat..

Aku sempat bersalaman denganya..ku cium tangan nya sebagai tanda hormat dan kagum padanya..lembut dan halus sungguh tangan itu..Ya Allah, mampukah aku untuk beristiqamah seperti “atuk” ni tatkala aku sudah tua nanti..mampukah aku untuk terus-menerus mengimarahkan rumah-rumah Mu??

Janji syurga Mu pasti..janji neraka Mu juga sangat pasti Ya Allah..tapi mana satukah yang akan Kau kurniakan pada aku..tempat yang mana satukah yang akan Kau campakkan hamba Mu yang penuh hina ini..

Yang aku tahu NERAKA bukanlah pilihan ku..dan yang aku tahu juga, Syurga bukanlah tempat yang mudah untuk aku masuki..

Semuanya terpulang pada amalan ku..ya amalanku dan mungkin jua amalan kita semua jika betul-betul kita ingin ke Syurga NYA!!!!

p/s : Duhai rakan-rakan ku yang masih kuat-kuat semuanya, renungkanlah...dimana diri kita berada saat azan dilaungkan..adakah kita berusaha untuk bersiap-siap ke surau ataupon kita masih leka lagi dengan urusan duniawi masing-masing..ingatlah satu hadis nabi tentang ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara :

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”

TSUNAMI INDONESIA : KEBETULAN ATAU PENGAJARAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

"Astghfirullah..tu dia..Allah dah tunjuk dah..Allah dah tunjuk dah"..getus hati ku...Musibah yang berlaku di Indonesia!!bermula dari jerebu yg berlaku di Malaysia sebelumnya berlarutan hingga menjadi letusan gunung berapi, gempa bumi dan seterusnya tsunami yang telah mengakibatkan kematian 113 orang di Indonesia setakat ini..

Apa semua ini!!!!Adakah manusia masih buta hati-hati mereka???

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
(Al-An'am : 44 )

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman : 21)

Maksiat berleluasa..hiburan, tarian, nynyian yang memaparkan tubuh-tubuh wanita semakin mudah kita lihat di negara-negara yang kononnya ramai pemimpin-pemimpin Islam..meminjam kata-kata seorang pengacara rancangan Edisi Siasat "APA KEJADAHNYA SEMUA INI"..

AMARAN Allah telah datang tapi manusia masih lagi diulit dengan mimpi-mimpi kesenangan dunia...

ALLAH BERFIRMAN : ‘’DAN SUNGGUH AKAN KAMI BERIKAN COBAAN KEPADAMU, DENGAN SEDIKIT KETAKUTAN, KELAPARAN, KEKURANGAN HARTA, JIWA DAN BUAH-BUAHAN. DAN BERIKANLAH BERITA GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR"
(AL BAQARAH : 155)

"Man jom g surau solat jemaah..kau dah lama tak solat jamaah sama2 kan.."ajak seorang sahabat...

"ala nanti lah..kau pergi la dulu..aku tengah seronok main game ni..nanti ak g la solat jamaah tu."jawab man pulak...

"Siti pakai la tudung..tutuplah aurat awak tu dengan sempurna..buang je baju-baju yang ketat tu.dosa tau.." nasihat fatimah pada Siti

"Alah ko ni sibuk je!!macam baik sangat pulak..dah cam ustazah aku tengok..nanti aku tua aku bertaubat la..tengok artis-artis tu..sempat je dah tua bertaubat n pakai tudung..aku nak tiru cam dorang la..muda-muda ni enjoy dulu dah tua baru la duduk atas sejadah."balas siti kembali..

Dua dialog yang biasa kita dengar kan dan mungkin ada yang dah lali pon dgn ayat-ayat seperti ini.Seringkali ramai yang memberikan alasan bila diajak kearah kebaikan.Persoalannya adakah kita tahu bila kita akan MATI??!!Adakah kita merasa kita masih sempat berjumpa dengan hari-hari tua kita???

Bangunlah sahabat..sedarlah..Mati itu adalah suatu benda yang pasti..Marilah sama-sama kita pasang azam tuk berubah kepada yang lebih baik..Mula lah dari sekarang dan bukannya ditangguh-tangguh hingga esok hari..Kepada lelaki rajinlah bersolat terutamanya solat jamaah kerana setiap kita adalah pemimpin dan kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita pimpin..Pada wanita pula tutup lah aurat anda dengan sempurna dan bukannya separuh-separuh kerana takut-takut musibah Allah tu melanda kita tatkala kita tengah bermaksiat pada Nya..Astghfirullah!!

Kat bawah ni aku selit sikit gambar-gambar musibah yang berlaku di indonesia. Moga ada manfaat darinya..Ingatlah kawan2 jangan tunggu esok untuk berubah kerana belum tahu lagi adakah Allah masih memberi kita peluang untuk bangun pada esok hari.

Beberapa pulau kecil di Kepulauan Mentawai dilanda tsunami setinggi 3 meter


Tunggu Malaysia jadi camni ke baru masjid akan penuh??


Adakah musibah yg melanda akan menjadikan kita insaf atau sebaliknya?

Gambar di Pulau Sipora Indonesia selepas gempa bumi berskalai 7.5 ritcher melanda

Bantuan terus menerus dikirimkan ke Pulau Mentawai

Wallahualam.. :(

ISLAMIC FASHION SHOW 2010 JELAS MENGHINA ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Masih terngiang-ngiang lagi di telinga aku ni tentang hal malam tadi..Seorang sahabat menceritakan tentang satu event yang dinamakan islamic fashion show yg dikatakan telah menghina Nabi Muhammad s.a.w..Agak panas juga la telinga ni mendengar..Pertamanya kerana ada orang menghina nabi kita dan keduanya kerana orang yang menganjurkan pesta fashion tu adalah orang-orang ternama dari "Malaysia"..Negara kita...Ya!! negara yg mana pemimpin2 kononya melaung-laung kan slogan hidup islam..negara islam contoh dan sebagainya..Tapi pada hakikatnya???Anda nilai lah sendiri gambar-gambar ini..

Islamkah ini???


malu..memang memalukan


Inilah gambar yg menghina nabi kita!!

Sedih, geram, dan macam-macam perasaan lagi timbul..Rasa cam nak tembak je sapa-sapa yang terlibat dalam benda-benda laknatullah seperti ni..Tak payah la guna nama ISLAM ..Guna la nama lain..Jahiliyah Fashion Show 2010 ker..kan lagi ok..Pastu siap ada nama nabi muhamad lak tu.. Bila orang tak paham Islam camni la jadi nya..berlagak konon mereka lah yang paling tahu tentang Islam..Nauzubillahi min zalik..Jauhkanlah kami dari sikap seperti ini Ya Allah :(

P/s : Maaflah sebenarnya ni bukan entri politik.Yang gambar last tu tak de kene mengena dengan yang hidup ataupon yang mati k..Yang hak tetap hak dan yang batil mesti kita tegur dan tentang..Renunglah satu firman Allah :

" Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam." ( An-Nisa : 140)



IMAN TOLONG JANGAN JATUH !!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Perghh berhabuknya blog ni...shuh2 pegi ko habuk-habuk..Tetiba terdetik hatiku hendak menulis apabila melihat rakan2 lain aktif kembali dalam penulisan blog mereka..

Arghh sem yg menjatuhkan iman...dugaan demi dugaan menerjah...ntah berapa banyak keluhan yg keluar dari mulutku ini.."ish ko ni madno,asyik mengeluh je..cuba la bawak bertenang"..tegur rum8ku yang mmg senantiasa setia mendengar keluhan aku..

Ntahla mana silap nye..sejak masuk sem baru ni hatiku serba tak tenang..PSM,PBL dan bermacam2 lagi assignment yg menanti menserabutkan lagi minda ku..tu belum kira lagi dugaan2 lain yang menerjah dalam kotak fikiran aku ni..

Tenang madno..tenang....kau boleh hadapinya..kenanglah satu Firman Tuhanmu :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

(Al-Ankabut: 2-3)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...

(Al-Baqarah: 286)

Mutabaah kene jaga..down macam mana pon jangan sampai syaitan menguasai dirimu..bangkit madno...bangkit!!!

Aku rasa inilah asam garam hidup sebagai manusia..ada masanya iman kita lemah dan ada masanya iman kita kuat..ku pasti ramai rakan di luar sana menghadapi masalah seperti aku...Bangkitlah duhai rakan..bersabarlah walau apa pon jenis ujian yg Allah timpakan ke atas mu... Yakinlah segala apa yang Allah rancang itu pasti ada hikmah nya..


"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.....
kita tertanya-tanya, ke mana hilangnya matahari???
rupa-rupanya Allah hendak memberikan kita pelangi yang indah"

Sabar dan redha lah..kerana itu adalah kunci setiap masalahmu~~~

Alhamdulillah Ramadhan Kau Tiba Lagi



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,


Sebak,Sedih,Syukur,Terkilan....Itu yang ku rasakan..akhirnya ramadhan yang dinanti-nantikan oleh berjuta2 umat Islam tiba lagi..Melihat wanita-wanita di luar sana masih berpakaian seperti bertelanjang..Melihat surau-surau masih lagi kosong ketika azan subuh menerjah..Melihat maksiat masih berleluasa.Anak2 dibuang tanpa belas kasihan!!Adakah ini akan menjadi ramadhan terbaik bagi kami Ya Allah??!!

Ya Allah janganlah Kau azab kami ketika kami masih lagi leka Ya Allah..Berikanlah peluang untuk kami memohon ampunan padaMU..Bantulah kami Ya Allah..Perkenankanlah doa-doa kami..Jadikanlah ramadhan kali ini sbg titik perubahan dalam kehidupan kami semua..amiiinn..

P/s :-Selamat Menyambut Ramadhan buat semua teman2..Terutamanya di UTM ni khususnya..Ayuh tanamkan azam untuk melakukan sedikit perubahan dalam hidup..Anggaplah ini ramadhan terakhir buat diri mu...

Ramadhan kareem....

Hayatilah nasyeed ramadhan ni moga tersentuh jiwa-jiwa kita:

http://www.youtube.com/watch?v=Cok-eRA9W1Y&feature=player_embedded