Hadir dan Lengkapkanlah Diriku Duhai Bidadari


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6I6PqRBGWzeEhIqW3mXSxPdiD8PZ1se6BLH6isywJ2wjbc5taPO3CxJMXFzFLoE0HTs2Ki6VU3-irHsQ5oMJzEPlc7KBoMRfiLCXy_Zdw6MCpFnxZGCMgElCvAgkl9X7kZT-O7VX8yswW/s400/pencuri.PNG

Sweet nye gambar kat atas tu kan..adeii napa la sejak masuk final year ni diri rasa serba kekurangan dan kesunyian..Seperti memerlukan pendamping dalam menempuh ranjau perjuangan yang sangat panjang ni...Ya Allah kuatkan lah diri ku..Masih adakah lagi muslimah seperti gambar di atas buat hamba mu yang hina ni..Aku masih menanti dan terus menanti hingga sampai saat bidadari ku itu hadir dalam hidup ku~~~

P/s :- Buat sahabat2, belajar lah untuk menjadi dan bukannya untuk mencari...Maksudnya jika kita mahu mencari pasangan yang soleh/solehah seharusnyalah kita sendiri dahulu perlu menjadi seorang yang soleh/solehah ..Ingatlah Allah ada berfirman :

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]

Sedikit tambahan dariku buat renungan bersama

"Berikan hatimu hanya untuk Allah, nescaya Allah akan menemukan mu dengan insan yang terbaik"

Wallahualam...

Jersi berlambang salib..Haruskah???

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,


Salam satu malaysia rakan2 skalian..haha..pehabaq??harap semua sihat walfiat hendaknya..Hari ni nak cerita sikit la pasal hal yang berkaitan dgn fifa worldcup 2010 yang mana dah smpai peringkat suku akhir kan hari ni..Kalau kita lihat bila datang je piala dunia ni, masing2 mesti sibuk berebut tuk beli jersi pasukan kegemaran mereka kan..

Tapi ingat!!!

Korang sedar tak yang kebanyakan jersi2 pasukan yang masuk worldcup ni ada lamabng salib..Bagi peminat2 setia bola, confirm la korang tau kan..Tapi kenapa masih ramai lagi yang selamba badak je beli.Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen selagi mana ianya memenuhi tuntutan syarak seperti menutup aurat,tidak membazir dan sebagainya,kerana kaedah "(الأصل في لأشياأ الاباحة) " asal setiap sesuatu itu adalah harus selagi mana tidak ada dalil-dalil menunjukan perkara tersebut haram.




Kat sini aku nak bawak la satu jawapan dari web majlis ulama isma :

"Assalamualaikum ustaz, bagaimana kalau kita memakai jersi bola yg ada pada lambangnya tanda salib padahal tanda salib tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas(lambang salib tersebut kecil) harap penjelasan dari ustaz?

Jawapan:

Pakaian yang mempunyai lambang agama selain Islam dan juga lambang atau logo maksiat seperti jenama arak, judi dan sebagainya adalah haram dipakai sama ada lambang tersebut kecil atau besar. Tetapi itu tidak bermakna pakaian itu mesti dimusnahkan atau dibuang. Lambang atau logo tersebut hendaklah dihilangkan terlebih dahulu dengan apa cara, dan pakaian itu bolehlah dipakai."

Sekian والله أعلم
Disediakan oleh:
Ahli Panel MUIS

Untuk yang nak lebih tahu tentang dalil dan pendapat ulama, harap korang boleh rujuk kitab إقتضاء الصراط المستقيم مخالفة أصحاب الجحيم . Boleh lihat perbahasan ulama muka surat 167-221.Takpon korang masuk link ni dan link ni..Aku nak taip panjang2 pon takut korang xbaca so kalau sifat ingin tahu kita tu tinggi korang baca la ek..Ingat jangan smpai akidah kita tergadai..wallahualam

P/s: Maaf tiada niat dihati pon nak halang korang beli jersi kegemaran korang..aku tau duit masing2 n xusik duit aku pon..Tapi sendiri ingat lah..Bayangkan bila paderi2 kristian tgk orang2 islam ramai yang pakai baju salib2 ni, aku rasa dorang mesti tersenyum puas kan..Mungkin salah satu perancangan dorang dah berjaya..wallahualam