JELASKAH MATLAMAT HIDUP MU DUHAI SAHABAT???

Salam...kelihatan dalam sebuah sebuah program agama di sebuah sekolah, sang ustaz sedang bertanyakan sesuatu pada peserta nya..

Penceramah : Kamu asal dari mana
Peserta : Saya dari kajang ustaz
Penceramah : Oh jadi raya haji ni balik kajang la ye
Peserta : mestilah..rindu pada ibu dan ayah (senyumnya smbil mengangguk2)
Penceramah : Adik datang ke sekolah ni tuk ape yer
Peserta : Dah tentu nak belajar ustaz..xnak hampakan harapan ibu dan ayah (jawabnya yakin sekali)
Penceramah : Lihat!!Adik ni datang dari kajang dan dia tahu bila smpai waktu nya dia akan pulang ke kajang dan dia juga tahu kenapa dia berada di sekolah ini..bukan saja2 makan angin atau sekadar menghabiskan duit ibu ayah..matlamat nya jelas..

Sahabat,
Melalui dialog di atas aku cuba merungkai persoalan2 mudah dan mengajak sejenak para sahabat tuk merenung jauh tentang tiga persolan pokok berkenaan kehidupan kita di dunia ini :-

Dari mana kita datang??
Apa tujuan kita didatangkan??
Ke Mana kesudahan kita??

Persoalan sebegini sudah tentunya fitrah bagi manusia..Ramai yg memikirkan nya tp tidak semua yg mendapat jawapan tepatnya..Hati dan akal yg sihat sudah tentu mencari dan merungkai persoalan ini dengan petunjuk wahyu dan bukan hanya selera nafsu semata..

Melihat pada penyakit sosial yg melanda para remaja dewasa ini seperti salahguna dadah,arak,pergaulan bebas,seks bebas,pelacuran,ragut,rempit,rogol,video lucah,pukul guru,derhaka pada ibu bapa,murtad dan sebagainya, hati dan minda ini tetiba tertanya2 : Sedarlah kita wahai remaja adakah untuk ini Allah ciptakan kita di dunia????!!!

Kita adalah apa yg kita fahami..Ketidakjelasan matlamat hidup menyebabkan kita terjerumus dalam lembah penyakit2 sosial tadi..Ayuh lah duhai remaja..bangkit lah!!!tuntutlah ilmu sebnyak mungkin..bukan setakat ilmu dunia..tp ilmu akhirat itu sepatutnya dilebihkan..kita adalah benih2 harapan ISLAM tuk membangkitkan nur nya kembali yg kian malap skarang...

Setiap pihak dengan segala kemampuan perlulah bersama2 menggembling tenaga tuk membetulkan remaja tika ini..Masih ramai lg remaja di luar sana yg keliru dgn identiti mereka..Marilah bersama kita membimbing mereka ke jalan yg sebenar."JALAN HIDAYAH".Kita semua bertanggungjawab memikul tugas sbg hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini serta menyambung tugas dakwah nabi tercinta Muhammad SAW.

Apa yg dapat disimpulkan disini adalah peranan remaja itu sendiri.Jika anda seorang remaja, dan memahami peranan anda sbg khalfah Allah,ketahuilah, ramai remaja di luar sana yg mendamba teman sejati seperti anda. Mereka tiada tempat utk meluahkan isi hati dan permasalahan hidup. Dekatilah remaja sebaya anda dan berperananlah menjadi teman sejati buat mereka..AYUH!!!!INI TUGAS DAKWAH,SERUAN BESAR PARA NABI,KITALAH YG HARUS MENYAHUTNYA..!!!!

ISU SEJADAH BERDIRI..REALITI ATAU IMAGINASI MELAYU KINI????

Salam..haih pening kepala tatkala memikirkan isu ni...setiap hari ada saja cerita pasal sejadah ni..baru2 ni aku baru je pas baca blog ustaz zaharuddin..sangat menarik kupasan beliau....so ak pon nak kupas sikit la..
Surau2 menjadi penuh, orang ramai datang dari jauh dan dekat untuk melihat sejadah ‘berdiri', ya ‘berdiri' menunaikan solat? Wallahu'alam entah betul atau tidak...

"mungkin ini teguran Allah kepada hambanya agar menunaikan solat" tegas seorang ustaz lepasan timur tengah, sambil mengangguk-angguk kepalanya, insaf barangkali.

"Ini tanda orang di sekitar surau terbabit tak solat, sampai sejadah terpaksa mendemonstrasikan apa yang patut dibuat" kata seorang pengulas semi profesional yang lain.

sejadahsatu.jpg

sejadahdua.jpg
Gambar : Inilah gambar sejadah 'berdiri' yang dipapar oleh media

Mentaliti masyarakat kita tika ini sgt sukakan keajaiban begini..bukan aku xnak percaya tp bak kata ustaz zaharudin bukan ingkar atau menafikan cuma alQuran itu sudah lebih ajaib utk dikagumi..tp berapa ramai lah yg perasan..haih astgfirullah..mengeluh panjang aku mengenangkan situasi ini (takut2 diriku pon sama gak :( ..Ya Allah jauhkan lah aku dari benda2 yg melalaikan..)

Ak kadang2 pelik la ngn sikap manusia ni..sejdah je yg berdiri tp tuan sejadah duk sibuk amik gambar n sebar2kan..xnak plak tu pg smayang..tp xpela..ni pandangan masing2..mgkin ada setengah dari kita yg perlukan bukti lebih drpd Al-Quran tuk mereka berubah..

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran) bagi orang-orang yang berakal" (QS. Ali ’Imron : 190)

Perhatikanlah petikan ayat quran di atas..Mari kita fikirkan bersama, penciptaan kayu, ikan, kambing pokok, buah dll itu adalah lebih kompleks dari meletakkan kalimah Allah itu pada benda2 tersebut...dan penciptaan segala isi perut alam ini lebih bnyak dan menarik utk kita renungi serta kagumi..langit tertegak tanpa tiang, gunung teguh tanpa pasak,matahari dan bulan berpusing tanpa berlanggar dan bnyak lg..SUBHANALLAH sgt indah ciptaan Ya Rabbul Alamin..tp mengapa kita tidak mengambil pengajaran...

Cuba kita renungkan bait2 maksud dalam surah Ar-Rahman nescaya sudah tentu bergtetar hati orang2 yg beriman pabila melihat kebesaran dan keagungan Allah S.W.T...antara isi surah Ar Rahman:

-Dia menciptakan manusia, (3)

-Mengajarnya pandai berbicara.(4)

- Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. (5)

- Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya. (6)

-Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan). (7)

-Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. (8)

- Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (9)

- Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk (Nya). (10)

-Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. (11)

- Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. (12)

- Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (13) (55:3-13)

p/s : ALLAH s.w.t MAHA BERKUASA.

JANGAN DIROSAKKAN MINDA DENGAN SEJADAH BERDIRI.
BERSYUKURLAH KITA KERANA KITA MASIH MAMPU BERDIRI dan MAMPU MELAKSANAKAN KEWAJIBAN KEPADA ALLAH.