Mengapa Solat Sendiri, Tidak Berjamaah?

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Al-kisah pada suatu masa yg sangat sunyi dua orang sahabat tgh berborak:-

Sahabat: Camne ek nak berdakwah cara berhikmah

Akula: Situation?

Sahabat: Lets us strt nak ajak orang g solat?orang tu jenis solat tapi solat kat bilik

Akula: Emm mula2 kita kene solat dl la tu first step,kn slu jaga jemaah,even apa2 solat pon
if skali de nmpak kita xg solat jamaah tu dah ble jadi fitnah org yg kita nak tarbiah tu bole hilang thiqah kat kita (moga ku buat apa yg ku ckap.insyAllah.)

Alhamdulillah ni sbhgn dr perbualan yg baru beberapa hari lepas berlaku..Main point die pasal cara nak ajak orang solat jamaah..Terutamanya lelaki.Mesti ramai yg pening kan(termasuk lah aku) bagaimana la caranya utk ajak rum8 or kawan sebelah bilik sama2 solat berjamaah.
Terkadang terasa sedih bila mana kita pergi solat berjemaah ttp meninggalkan kawan2 lain leka dibilik masing2.Bermain video game,facebook,chatting dan sbg nya.Terdetik dihati kecil ini apalah yg aku nak jawab kat Allah nanti..Astghfirullah susah nya..xnasihat salah, nak nasihat xberani pulak..Emm tapi pertama2 nya sekali aku harap xde orang marah or terasa pasal entri kali ni..Bkan niat tuk membenci atau memburuk2 kan..Tp dek kerana sifat sayang pada sahabat2 sbb tu entri ni dicipta.Moga ada yg baca..

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-A'raf : 164 maksud nya:-

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.

InsyAllah jelas pada ayat ni kita dituntut untuk saling menasihati.UNTUK APA???Tujuan nya adalah supaya diakhirat kelak kita tidak akan dipertanggungjawabkan atas apa yg dilakukan oleh orang lain..Aku buat semua ni bkan lah mengharapkan limpahan wang ringgit atau pon pujian menggunung dr rakan2..Tp sebalik nya sbg hujah dihadapan Allah kelak bhw aku telah sampaikan.InsyAllah.ketahuilah sahabat2 sekalian bhw apa2 jua kebaikan yg kita buat itu adalah tuk kita sendiri dan begitu jua segala kejahatan yg kita lakukan..

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Isra' : 15 maksud nya:-

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan meng'azab sebelum Kami mengutus seorang rasul.

Ok berbalik pada main point td tentang solat jamaah...kenapa makin ramai kaum adam yg malas utk berjamaah???padahal jarak nye cuma sejengkal..Rasulullah sendiri pada akhir hayat baginda selagi terdaya, baginda berusaha juga utk ke masjid berjamaah bersama para sahabat.Walaupon pada tika itu bginda sedang sakit tenat..Adakah kita sbg pemuda yg sihat terasa malas utk berjamaah.lebih banyakkah amalan kita dari Rasulullah???.Sedarlah duhai sahabat, hidup ini hanya sementara..jika skarang kita sudah tidak mampu utk memimpin diri sendiri kearah lebih baik, bagaimana pula bila kita bekeluarga nanti..bagaimana dengan adik2 dirumah??Ahli keluarga lain??Siapa yg nak membimbing mereka?

Sedarlah Pemuda, kita adalah harapan Islam tuk membangkitkan kembali sinar cahaya nya yg telah lama malap..ketahuilah bahawa Allah sekali2 tidak akan merasa rugi sedikit pon kiranya kita melupakan Nya tp sebenar nya kita lah yang dalam kerugian besar sekiranya Allah melupakan kita.ku tahu diri ni bukan lah baik sangat..tp insyAllah dari masa ke semasa marilah sama2 kita koreksi diri masing2..ingatan tulus ikhlas penuh kasih sayang ni ku tujukan khas buat diriku sendiri dan juga sahabat2 terutamanya sahabat di UTM..Harap kita sama2 dapat berubah dan berlumba2 dalam mencari redha Illahi..Wallahualam

p/s: Sedarlah solat berjamaah tu punya bnyak kelebihannya..disini aku sertakan link ttg kelebihan solat berjamaah berdasarkan kajian saintifik....link

Murabbi Agung..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Pertama2 nya alhamdulillah dapat lagi aku mengupdate blog ni selepas membuat beberapa perubahan yang xberapa ketara..(tapi cukup lah..semoga harini lebih baik dari smalam)..Harini nak cite tentang satu sesi ceramah yang baru ku dengar..sedih sgt..kisah tentang akhlak rasulullah..tahukan sahabat sekalian betapa berat nya penderitaan yg baginda hadapi..

Tersentak aku bila mana ustaz itu menceritakan suatu kisah.Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

Allahumma Solli ala Muhammad..

Ya Rasul betapa mulia nya dirimu...sanggup bekorban demi umat mu..tapi kami ya Rasulullah??apa yg kami lakukan utk mu...Tiada!!menitis air mata ku..masih mampukah aku mendamba syafaat mu di hari yg tiada nabi mampu mmberi syafaat kecualu diri mu ya Rasulullah...ampunkan ku Ya Allah..Semoga ku segera bangkit dari leka ku ini :(

P/S :- insyAllah akan ku update lagi tentang akhlak2 rasul junjungan mulia ni..agar menjadi iktibar bagi kita semua..wallahualam