Murabbi Agung..

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Pertama2 nya alhamdulillah dapat lagi aku mengupdate blog ni selepas membuat beberapa perubahan yang xberapa ketara..(tapi cukup lah..semoga harini lebih baik dari smalam)..Harini nak cite tentang satu sesi ceramah yang baru ku dengar..sedih sgt..kisah tentang akhlak rasulullah..tahukan sahabat sekalian betapa berat nya penderitaan yg baginda hadapi..

Tersentak aku bila mana ustaz itu menceritakan suatu kisah.Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar.. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

Allahumma Solli ala Muhammad..

Ya Rasul betapa mulia nya dirimu...sanggup bekorban demi umat mu..tapi kami ya Rasulullah??apa yg kami lakukan utk mu...Tiada!!menitis air mata ku..masih mampukah aku mendamba syafaat mu di hari yg tiada nabi mampu mmberi syafaat kecualu diri mu ya Rasulullah...ampunkan ku Ya Allah..Semoga ku segera bangkit dari leka ku ini :(

P/S :- insyAllah akan ku update lagi tentang akhlak2 rasul junjungan mulia ni..agar menjadi iktibar bagi kita semua..wallahualam

No comments:

Post a Comment