TSUNAMI INDONESIA : KEBETULAN ATAU PENGAJARAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

"Astghfirullah..tu dia..Allah dah tunjuk dah..Allah dah tunjuk dah"..getus hati ku...Musibah yang berlaku di Indonesia!!bermula dari jerebu yg berlaku di Malaysia sebelumnya berlarutan hingga menjadi letusan gunung berapi, gempa bumi dan seterusnya tsunami yang telah mengakibatkan kematian 113 orang di Indonesia setakat ini..

Apa semua ini!!!!Adakah manusia masih buta hati-hati mereka???

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
(Al-An'am : 44 )

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman : 21)

Maksiat berleluasa..hiburan, tarian, nynyian yang memaparkan tubuh-tubuh wanita semakin mudah kita lihat di negara-negara yang kononnya ramai pemimpin-pemimpin Islam..meminjam kata-kata seorang pengacara rancangan Edisi Siasat "APA KEJADAHNYA SEMUA INI"..

AMARAN Allah telah datang tapi manusia masih lagi diulit dengan mimpi-mimpi kesenangan dunia...

ALLAH BERFIRMAN : ‘’DAN SUNGGUH AKAN KAMI BERIKAN COBAAN KEPADAMU, DENGAN SEDIKIT KETAKUTAN, KELAPARAN, KEKURANGAN HARTA, JIWA DAN BUAH-BUAHAN. DAN BERIKANLAH BERITA GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR"
(AL BAQARAH : 155)

"Man jom g surau solat jemaah..kau dah lama tak solat jamaah sama2 kan.."ajak seorang sahabat...

"ala nanti lah..kau pergi la dulu..aku tengah seronok main game ni..nanti ak g la solat jamaah tu."jawab man pulak...

"Siti pakai la tudung..tutuplah aurat awak tu dengan sempurna..buang je baju-baju yang ketat tu.dosa tau.." nasihat fatimah pada Siti

"Alah ko ni sibuk je!!macam baik sangat pulak..dah cam ustazah aku tengok..nanti aku tua aku bertaubat la..tengok artis-artis tu..sempat je dah tua bertaubat n pakai tudung..aku nak tiru cam dorang la..muda-muda ni enjoy dulu dah tua baru la duduk atas sejadah."balas siti kembali..

Dua dialog yang biasa kita dengar kan dan mungkin ada yang dah lali pon dgn ayat-ayat seperti ini.Seringkali ramai yang memberikan alasan bila diajak kearah kebaikan.Persoalannya adakah kita tahu bila kita akan MATI??!!Adakah kita merasa kita masih sempat berjumpa dengan hari-hari tua kita???

Bangunlah sahabat..sedarlah..Mati itu adalah suatu benda yang pasti..Marilah sama-sama kita pasang azam tuk berubah kepada yang lebih baik..Mula lah dari sekarang dan bukannya ditangguh-tangguh hingga esok hari..Kepada lelaki rajinlah bersolat terutamanya solat jamaah kerana setiap kita adalah pemimpin dan kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita pimpin..Pada wanita pula tutup lah aurat anda dengan sempurna dan bukannya separuh-separuh kerana takut-takut musibah Allah tu melanda kita tatkala kita tengah bermaksiat pada Nya..Astghfirullah!!

Kat bawah ni aku selit sikit gambar-gambar musibah yang berlaku di indonesia. Moga ada manfaat darinya..Ingatlah kawan2 jangan tunggu esok untuk berubah kerana belum tahu lagi adakah Allah masih memberi kita peluang untuk bangun pada esok hari.

Beberapa pulau kecil di Kepulauan Mentawai dilanda tsunami setinggi 3 meter


Tunggu Malaysia jadi camni ke baru masjid akan penuh??


Adakah musibah yg melanda akan menjadikan kita insaf atau sebaliknya?

Gambar di Pulau Sipora Indonesia selepas gempa bumi berskalai 7.5 ritcher melanda

Bantuan terus menerus dikirimkan ke Pulau Mentawai

Wallahualam.. :(

ISLAMIC FASHION SHOW 2010 JELAS MENGHINA ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Masih terngiang-ngiang lagi di telinga aku ni tentang hal malam tadi..Seorang sahabat menceritakan tentang satu event yang dinamakan islamic fashion show yg dikatakan telah menghina Nabi Muhammad s.a.w..Agak panas juga la telinga ni mendengar..Pertamanya kerana ada orang menghina nabi kita dan keduanya kerana orang yang menganjurkan pesta fashion tu adalah orang-orang ternama dari "Malaysia"..Negara kita...Ya!! negara yg mana pemimpin2 kononya melaung-laung kan slogan hidup islam..negara islam contoh dan sebagainya..Tapi pada hakikatnya???Anda nilai lah sendiri gambar-gambar ini..

Islamkah ini???


malu..memang memalukan


Inilah gambar yg menghina nabi kita!!

Sedih, geram, dan macam-macam perasaan lagi timbul..Rasa cam nak tembak je sapa-sapa yang terlibat dalam benda-benda laknatullah seperti ni..Tak payah la guna nama ISLAM ..Guna la nama lain..Jahiliyah Fashion Show 2010 ker..kan lagi ok..Pastu siap ada nama nabi muhamad lak tu.. Bila orang tak paham Islam camni la jadi nya..berlagak konon mereka lah yang paling tahu tentang Islam..Nauzubillahi min zalik..Jauhkanlah kami dari sikap seperti ini Ya Allah :(

P/s : Maaflah sebenarnya ni bukan entri politik.Yang gambar last tu tak de kene mengena dengan yang hidup ataupon yang mati k..Yang hak tetap hak dan yang batil mesti kita tegur dan tentang..Renunglah satu firman Allah :

" Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki perbincangan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Neraka Jahanam." ( An-Nisa : 140)



IMAN TOLONG JANGAN JATUH !!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Perghh berhabuknya blog ni...shuh2 pegi ko habuk-habuk..Tetiba terdetik hatiku hendak menulis apabila melihat rakan2 lain aktif kembali dalam penulisan blog mereka..

Arghh sem yg menjatuhkan iman...dugaan demi dugaan menerjah...ntah berapa banyak keluhan yg keluar dari mulutku ini.."ish ko ni madno,asyik mengeluh je..cuba la bawak bertenang"..tegur rum8ku yang mmg senantiasa setia mendengar keluhan aku..

Ntahla mana silap nye..sejak masuk sem baru ni hatiku serba tak tenang..PSM,PBL dan bermacam2 lagi assignment yg menanti menserabutkan lagi minda ku..tu belum kira lagi dugaan2 lain yang menerjah dalam kotak fikiran aku ni..

Tenang madno..tenang....kau boleh hadapinya..kenanglah satu Firman Tuhanmu :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

(Al-Ankabut: 2-3)

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...

(Al-Baqarah: 286)

Mutabaah kene jaga..down macam mana pon jangan sampai syaitan menguasai dirimu..bangkit madno...bangkit!!!

Aku rasa inilah asam garam hidup sebagai manusia..ada masanya iman kita lemah dan ada masanya iman kita kuat..ku pasti ramai rakan di luar sana menghadapi masalah seperti aku...Bangkitlah duhai rakan..bersabarlah walau apa pon jenis ujian yg Allah timpakan ke atas mu... Yakinlah segala apa yang Allah rancang itu pasti ada hikmah nya..


"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.....
kita tertanya-tanya, ke mana hilangnya matahari???
rupa-rupanya Allah hendak memberikan kita pelangi yang indah"

Sabar dan redha lah..kerana itu adalah kunci setiap masalahmu~~~

Alhamdulillah Ramadhan Kau Tiba Lagi



Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,


Sebak,Sedih,Syukur,Terkilan....Itu yang ku rasakan..akhirnya ramadhan yang dinanti-nantikan oleh berjuta2 umat Islam tiba lagi..Melihat wanita-wanita di luar sana masih berpakaian seperti bertelanjang..Melihat surau-surau masih lagi kosong ketika azan subuh menerjah..Melihat maksiat masih berleluasa.Anak2 dibuang tanpa belas kasihan!!Adakah ini akan menjadi ramadhan terbaik bagi kami Ya Allah??!!

Ya Allah janganlah Kau azab kami ketika kami masih lagi leka Ya Allah..Berikanlah peluang untuk kami memohon ampunan padaMU..Bantulah kami Ya Allah..Perkenankanlah doa-doa kami..Jadikanlah ramadhan kali ini sbg titik perubahan dalam kehidupan kami semua..amiiinn..

P/s :-Selamat Menyambut Ramadhan buat semua teman2..Terutamanya di UTM ni khususnya..Ayuh tanamkan azam untuk melakukan sedikit perubahan dalam hidup..Anggaplah ini ramadhan terakhir buat diri mu...

Ramadhan kareem....

Hayatilah nasyeed ramadhan ni moga tersentuh jiwa-jiwa kita:

http://www.youtube.com/watch?v=Cok-eRA9W1Y&feature=player_embedded


Khas Buat Insan Bergelar Wanita.Tolong baca ni..Pleasssseee..

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.



Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran- pertengkaran kecil antara mereka.


Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan Annisa kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"


Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.




Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik.





Dia bertanya kepada saya,

"Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri".


Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?


Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. Tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus!


Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah...saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri...tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..


Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.


Ketika saya sampai di rumah...didepan pintu sudah ramai orang...hati berdebar-debar, tak dapat ditahan..... saya berlari masuk ke dalam rumah...saya lihat ibu menangis...saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya.. ......dalam esak tangisnya ibu memberitahu,



"Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..
air mata ini tak dapat ditahan lagi...


Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini. Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri....disitu tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.



Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata).


Annisa : (Aku hairan, wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari )

"Makcik..wajah makcik sangat muda dan cantik".

Isteri jiranku : Alhamdulillah. .sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : Tapi makcik kan dah ada anak enam..tapi masih kelihatan cantik ??

Isteri jiranku : Subhanallah. .sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak. .siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..pendapat makcik bagaimana ?

Isteri jiranku : Annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggungjawabk an dihadapan Allah SWT nanti dan tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa: Tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhram kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat, lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah hakikat tudung..

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.


Duhai Nisa...ingatlah akan satu hari dimana seluruh manusia akan dibangkitkan. .ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya, anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi, antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..

Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. . . .Allah SWT.


Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu ...


"Buta, tuli dan bisu...".. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain mahramnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia..

"Tak tahan airmata ini pun jatuh".
Semoga Allah SWT menerima adikku disisinya.. Amin..Subhanallah

Saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.

~Al-Fatihah untuk mereka-mereka yg telah pergi~

p/s : Ingatlah firman Allah S.W.T :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
(24:31)

Hadir dan Lengkapkanlah Diriku Duhai Bidadari


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi6I6PqRBGWzeEhIqW3mXSxPdiD8PZ1se6BLH6isywJ2wjbc5taPO3CxJMXFzFLoE0HTs2Ki6VU3-irHsQ5oMJzEPlc7KBoMRfiLCXy_Zdw6MCpFnxZGCMgElCvAgkl9X7kZT-O7VX8yswW/s400/pencuri.PNG

Sweet nye gambar kat atas tu kan..adeii napa la sejak masuk final year ni diri rasa serba kekurangan dan kesunyian..Seperti memerlukan pendamping dalam menempuh ranjau perjuangan yang sangat panjang ni...Ya Allah kuatkan lah diri ku..Masih adakah lagi muslimah seperti gambar di atas buat hamba mu yang hina ni..Aku masih menanti dan terus menanti hingga sampai saat bidadari ku itu hadir dalam hidup ku~~~

P/s :- Buat sahabat2, belajar lah untuk menjadi dan bukannya untuk mencari...Maksudnya jika kita mahu mencari pasangan yang soleh/solehah seharusnyalah kita sendiri dahulu perlu menjadi seorang yang soleh/solehah ..Ingatlah Allah ada berfirman :

Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. [Surah al-Nur, ayat 26]

Sedikit tambahan dariku buat renungan bersama

"Berikan hatimu hanya untuk Allah, nescaya Allah akan menemukan mu dengan insan yang terbaik"

Wallahualam...

Jersi berlambang salib..Haruskah???

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,


Salam satu malaysia rakan2 skalian..haha..pehabaq??harap semua sihat walfiat hendaknya..Hari ni nak cerita sikit la pasal hal yang berkaitan dgn fifa worldcup 2010 yang mana dah smpai peringkat suku akhir kan hari ni..Kalau kita lihat bila datang je piala dunia ni, masing2 mesti sibuk berebut tuk beli jersi pasukan kegemaran mereka kan..

Tapi ingat!!!

Korang sedar tak yang kebanyakan jersi2 pasukan yang masuk worldcup ni ada lamabng salib..Bagi peminat2 setia bola, confirm la korang tau kan..Tapi kenapa masih ramai lagi yang selamba badak je beli.Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen selagi mana ianya memenuhi tuntutan syarak seperti menutup aurat,tidak membazir dan sebagainya,kerana kaedah "(الأصل في لأشياأ الاباحة) " asal setiap sesuatu itu adalah harus selagi mana tidak ada dalil-dalil menunjukan perkara tersebut haram.




Kat sini aku nak bawak la satu jawapan dari web majlis ulama isma :

"Assalamualaikum ustaz, bagaimana kalau kita memakai jersi bola yg ada pada lambangnya tanda salib padahal tanda salib tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas(lambang salib tersebut kecil) harap penjelasan dari ustaz?

Jawapan:

Pakaian yang mempunyai lambang agama selain Islam dan juga lambang atau logo maksiat seperti jenama arak, judi dan sebagainya adalah haram dipakai sama ada lambang tersebut kecil atau besar. Tetapi itu tidak bermakna pakaian itu mesti dimusnahkan atau dibuang. Lambang atau logo tersebut hendaklah dihilangkan terlebih dahulu dengan apa cara, dan pakaian itu bolehlah dipakai."

Sekian والله أعلم
Disediakan oleh:
Ahli Panel MUIS

Untuk yang nak lebih tahu tentang dalil dan pendapat ulama, harap korang boleh rujuk kitab إقتضاء الصراط المستقيم مخالفة أصحاب الجحيم . Boleh lihat perbahasan ulama muka surat 167-221.Takpon korang masuk link ni dan link ni..Aku nak taip panjang2 pon takut korang xbaca so kalau sifat ingin tahu kita tu tinggi korang baca la ek..Ingat jangan smpai akidah kita tergadai..wallahualam

P/s: Maaf tiada niat dihati pon nak halang korang beli jersi kegemaran korang..aku tau duit masing2 n xusik duit aku pon..Tapi sendiri ingat lah..Bayangkan bila paderi2 kristian tgk orang2 islam ramai yang pakai baju salib2 ni, aku rasa dorang mesti tersenyum puas kan..Mungkin salah satu perancangan dorang dah berjaya..wallahualam

Halaqah Sentuhan Qalbu

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar kawan2 sekalian..apa macam cuti sem..ok ker??makin leka atau semakin dekat dgn Allah..kalau bagi diri aku sendiri, sememangnya cuti kali ini dan mungkin sebelum2 ni telah membuat ak leka jauh. Tapi bukan soal tu yang hendak aku sampaikan..kat sini sebenarnya aku nak kongsi satu slot tv yang sangat menginsafkan..Yang mana insyAllah mampu membuat jiwa kita tersentuh dan mampu menitiskan air mata keinsafan. Aku pasti ramai antara kita yang masa cuti ni banyak menghabiskan masa tengok tv cerita2 yg me'lagha'kan je an.Adammaya la,hotel mania la,and macam2 lagi..So apa salah nya kita luangkan sedikit masa tuk sama kita duduk dgn family layan slot tv ni...ak kompom sgt best dan korang tak kan menyesal...berikut adalah butiran cerita ni:

Tajuk:Halaqah sentuhan kalbu
Masa:10.00 pm
Hari: Selasa
TV:tv9 dekat di hati
Laman web:www.tv9.com.my

p/s: Tuk sapa2 yang dah terlepas episod awal boleh gak tgk di web tv9..Papepon tahniah kat tv9 sebab dapat produce slot yang menginsafkan ni...harap dapat diperbanyakkan lagi slot2 sebegini..Maklumlah zaman skarang ni hiburan melampau2 tu dah semakin banyak..Filem2 skarang pon dah semakin sama dgn filem2 barat..unsur2 18sx tu dah banyak..Wallahualam moga entri kali ni ada manfaat nye

Isu Kasut Crocs...Realiti atau Sekadar Imaginasi

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,










Wah setelah sekian lama xmenulis..aku kembali menulis.
Ini semua gara2 isu kasut crocs ni la. Apsal la tetiba ramai pulak bercerita pasal isu ni kan.. Tinggi betol imaginasi korang..Adakah benda ni wujud dek disebabkan liciknya perancangan musuh2 islam ni atau pon masyarakat kita ni yang terlau obeses sangat pasal simbol???
Dah la aku pon ada kasut ni..time konvo haritu bersepah2 budak2 UTM beli.



Pelik bin ajaib btul la aku ngn manusia zaman skarang ni..Haritu kes sejadah berdiri sekarang kasut crocs pulak.haish..Betul aku tau korang mmg sayangkan agama. .Orang lain pon sayang kan ISLAM gak..tp benda camni kita kene siasat dulu..sediakan hujah2 yg mantop..Bukan men serkap jarang je..tgk je logo tu ada iras lambang Allah terus imagine benda bukan2..aku cukup tertarik dengan jawapan ustaz hasrizal@saiful islam.
kata beliau :

nasihat :

  1. Jangan sebar berita yang tak pasti, siasat dulu, internet kan ada
  2. Jangan sensitif sangat, dari duk cari benda yang sama kalimah Allah ni, baik tengok pakaian yg kita pakai tu, tutup aurat ke tidak, yg tu memang terang perintah Allah soh tutup aurat. yang tu tak nak follow pulak kan? opssss (peace peace)
  3. Teguhkan Iman kita semua..Bnyak lagi agenda zionis n musuh2 islam yg belum selesai.Jangan sebab isu camni kita dah mula kalut..Sedarlah isu yg lebih besar
  4. Isu Hiburan kat Malysia ni patut kita lebih ambil berat..Pikir balik..Ada ke patut Youth Day kerajaan bagi hiburan kat remaja2..Dgn break dance nye..tarian nye..Astghfirullah..
  5. n last but not least,beli yang ori, jangan beli yg cetak rompak :)

Wallahualam..Segala yg baik tu dari Allah,yg buruk pon dr Allah tp disandarkan atas kelemahan ak sendiri..Sama2 lah kita renungkan k..

P/s : Tapi kawan2 kalau mmg terbukti ada perangcangan dr syarikat crocs utk letak logo serupa dgn kalimah Allah kawan2 bole la sebar2kan yer..Tp ingat sediakan sekali hujah2 n bukti2 kukuh..Moga Islam terus maju....Takbir!!!!