SUBHANALLAH SEMOGA SEMAKIN BERTAMBAH IMAN KITA

Salam...hari ini ak rasa cam nak baca paper..so ak bkak la tenet kan..taip harian metro..bukak pnye bukak ak jmpe satu berita yg sgt menarik dan menyentuh hati..So ak nak share ngn sahabat2 skalian..ni ak copy kan berita tu tuk korunk...semoga bermanfaat :-

Ayat suci di badan bayi


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2Q1Z92icpfmOUM2l-ym_31JdsCkNZv8eJ0OVxEeRwUPbCETQPwrEVqN4tFNol4CEQ_DXgsXOBzqBptrJ9JLTSLg4rNpZv3q9Rk0Qfi6GiyL-Jq2vlUwiCMcl0txLY_SPtcaZqVEB_Mfxt/s400/mainpix.jpg



MAKHACHKALA: Seorang bayi Dagestan membingungkan doktor apabila ayat suci al-Quran ditemui pada tubuhnya.


Ibu bapa kanak-kanak berusia sembilan bulan itu, Ali Yakubov, berkata mereka terkejut apabila perkataan Allah timbul pada dagunya sejurus selepas dia dilahirkan.

Sejak itu, beberapa ayat suci dalam bahasa Arab muncul pada belakang, lengan, kaki dan perut Ali.

Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.

Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.


Pegawai perubatan berkata, mereka tidak dapat menjelaskan kejadian misteri itu tetapi menolak kemungkinan ditulis seseorang pada kulit kanak-kanak itu.

Ibunya, Madina, berkata dia dan suaminya semakin patuh dalam melakukan suruhan agama selepas kejadian itu.

Madina dan suaminya pada mulanya tidak menunjukkannya kepada sesiapa penemuan itu sehinggalah baru-baru ini apabila perkara itu didedahkan kepada doktor.

Ali kini menjadi tumpuan masyarakat Islam di Dagestan.

Anggota Parlimen tempatan, Akhmedpasha Amiralaev, berkata kanak-kanak itu adalah tanda kebesaran Tuhan.

“Allah menghantarnya ke Dagestan dalam sebagai tanda untuk menghentikan keganasan dan ketegangan di negeri kami,” katanya.

Menurut Madina, Ali biasanya meragam apabila kejadian aneh itu berlaku.

“Dia akan menangis dan suhu badannya meningkat. Sukar untuk memegangnya ketika itu.

“Tubuhnya pula bergerak aktif, memaksa kami meletakkannya dalam buaian.

“Sungguh sedih melihat dia menderita ketika itu,” katanya.

Seorang imam tempatan, Abdulla, memberitahu penduduk tempatan, memang ada ayat dalam al-Quran yang menyatakan, Tuhan akan menunjukkan kekuasaan-Nya di pelbagai tempat dalam dunia, selain pada diri manusia sendiri untuk membuktikan bahawa al-Quran itu kitab yang benar.

“Kejadian itu tidak sepatutnya disembunyikan,” katanya. - Agensi

p/s : SUBHANALLAH
, Maha Suci Allah yg telah menciptakan langit dan bumi..Sahabat2 ku ambil lah iktibar dari kisah di atas..Telah terbukti yg Islam itu adalah agama yg satu..agama yg benar. so maksudnya apa??!!Maksudnya segala janji2 Allah tentang nikmat syurga dan AZAB AKHIRAT tu juga BENAR...tp terasa sgt sedih r kan bila mengenangkan masih ramai lg di antara kita yg still pekak dan buta..tidak mahu melihat keagungan Allah ini..fikir2 kan lah..

TABAHKANLAH HATIMU TIKA MUSIBAH MELANDA..

SALAM....haih penat nye malam ni..tp ak tetap gagahkan diri ni..sbb terasa nak sgt tulis artikel ni..ak baru balik dr rumah wan kecik ni sebenarnya..menghadiri majlis tahlil arwah adik dia yg baru sja kembali ke ramatullah..semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang2 solehah.Pertama2 nya ak nak ucapkan lah takziah pada kecik sekluarga ats pemrgian adiknya..semoga musibah ni membawa hikmah besar disebaliknya....

Sahabatku...Yg telah pergi biarkan pergi..usah diratapi..doakan saja smg rohnya tenang dicucuri rahmat ILLAHi..Firman Allah taala dalam al Quran:

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. " (3:185)

Kita yg masih hidup ni perlu meneruskan kehidupan dan mengambl pengajaran drpd ap yg telah berlaku..perbetulkan dan muhasabah diri kembali...bukan hendak memburukkan sesiapa tapi kebanyakan dari kita hanya ingat Allah pabila ujian melanda.bila kita dalam kesenangan kita akan lupakan Allah kembali..seumpanya Allah itu hanyalah tempat kita bergantung waktu susah sahaja..Nauzubillah hi min zalik..tidak kawan2..tidak sekali2..Sesunguhnya Allah itu tidak rugi walau sedikit pon jika
kita tidak ingat padanya tapi kita lah sebenarnya dalam kerugian yg nyata bila mana kita terleka daripada mengingatinya. .

Kawan2 cuba kita renungkan kembali berapa ramai manusia yg telah diberi petunjuk tp mereka masih berada dalam keadaan jahil..berbuih2 orang menasihatinya tp de tetap x mahu berubah..masih dgn baju ketatnya..tudung dikepala hanya sekadar fesyen..yg lelaki plak masih dgn seluar pendek dan sendatnya..solat tidak dijaga n apatah lagi solat jamaah nye..

Terkadang kita ni lebih mengutamakan duniawi dari akhirat...study smpai 3-4 pagi hingga tergamak korbankan solat subuh..atas alasan konon nya xpe tinggal subuh kalau xsedar..nanti qada' la balik..alangkah ruginya manusia sebegini..bekalan dunia dikejar tapi mereka xsedar yg bekalan akhirat mereka telah tercicir..mereka mendambakan bekalan dunia itu lebih dari akhirat walaupon mereka sendiri belum pasti adakah sempat atau tidak m'gunakan ilmu dunia 2..maut tu bila2 saja bole datang..xcepat atau lambat walau sesaat pon..Dan ada pula segelintir dari kita yg berani berkata dgn angkuh dan sombong "alah ak xsolat jamaah ,xbaca quran,xjoin usrah pun ak dapat pointer lg tgi dari ko yg bajet je alim..Allah lg sayang ak la dr kau!!!"Astghfirullah...Tidak2..ini adalah fitnah yg besar bagi Allah..Allah sgt benci golongan begini..cb kita renung firmaNya:

"Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia ini apa yang kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka jahannam; ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terusir. "(17:18)


"Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. " (9:24)


Lihatlah kwan2..sapa nak sgt kejar dunia,Allah akan bagi dia dunia hingga dia terus lupa Allah..tapi berjagalah dan beringatlah manusia2 begini Allah telah janjikan mereka neraka jahanam di akhirat nanti..mari lah kita fikir bersama adakah golongan2 camni yg kita harapkan tuk bangkitkan Islam kembali????!!!!!Jika kita hendak teruskan dgn maksiat jahiliyah kita tu kita renung sejenak..adakah kita tahu bila masa kita akan mati..kalau kita tau teruskanlah tp jika tidak insaf2kanlah diri kita kerna AZAB ALLAH TU SANGAT KERAS....BERSAMA2LAH KITA RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL.....


http://www.semuabisnis.com/content_images/azab_kubur1.jpgP/S :gambar manusia diazab di dalam kubur



http://attazkirah.files.wordpress.com/2009/03/imag0023kubur-4.jpg?w=468&h=351p/s :Disinilah kita akan disemadikan kelak walau apa pangkat dan darjat kita di dunia...

JANGAN AMBIL REMEH ISU BOIKOT!!!!!!!!

SETIAP HARI KITA MENDENGAR BERITA TENTANG SAUDARA KITA YG TERBUNUH DI PALESTIN..RAMAI ANTARA KITA YG MARAH2 TINDAKAN AMERIKA DAN ISRAEL YG TERNYATA MELAMPAU BODOHNYA TU...TP BERAPA RAMAI YG AMIK TINDAKAN CTHNYA TTG ISU BOIKOT BARANG2 AMERIKA DAN ISRAEL...XRAMAI SEBENARNYA KAWAN2..KITA SEMUA HANYA PANDAI MARAH DI MULUT JE PASTU MALAM TU G LAYAN MCD LA MINUM COKE LA..TAKPUN PALING KURANG KITA PG CAFE BELI AIR MILO OR AIR YG PAKAI SUSU KELUARAN F&N CONTOHNYA..SEMUA TU ADALAH BRG BOIKOT...TAU X KEUNTUNGAN DARIPADA BARANG2 TU SEMUA NYA AKAN DISALURKAN KE ISRAEL TUK BELI SENJATA MEREKA DAN MEMUSNAHKAN LG UMAT ISLAM...RENUNG2 KAN LAH GAMBAR DI BWAH NI....




P/S : DAFTAR PRODUK ZIONIS SALIBIS YG HARUS DIBOIKOT

SOLAT LAH KAMU WALAU DIMANA PON KERANA ISLAM ITU MUDAH

BERSYUKURLAH DGN APA YG KITA ADA...KISAH YG SGT SEDIH...

Mungkin ada yang ragu-ragu dengan kesahihan cerita ini. Namun, aku yakin, kisah yang diceritakan ini bukanlah kisah dongeng yang direka-reka.

Hakikatnya masih ramai lagi orang diluar sana yang susah, miskin dan hidup melarat. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Kalau pun mungkin tiada orang susah macam ini di Malaysia ini, namun, aku sangat pasti bahawa, kisah sebegini sangat banyak terjadi di negara-negara lain seperti Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan lain-lain negara miskin.

Jadi, melalui kisah yang aku nak kongsikan ini, aku nak ajak sahabat2 semua supaya kita BERSYUKUR BANYAK2 PADA ALLAH atas segala nikmat dan kurniaanNYA pada kita selama ini. Kita di Malaysia ini, hidup aman damai penuh dengan segala kenikmatan dan kemewahan.Jangan smpai satu masa nanti Allah tarik semua nikmat tu dan azab kita dgn sedahsyat2 azab dek lantaran terlalu banyak sgt maksiat yg kita lakukan di negara ni...nauzubillah..moga2 kita dijauhi dr kemurkaan Allah...

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah...

Alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah...

Mungkin ada ramai diantara kita yang befikir bahawa hidup mereka susah, namun percayalah bahawa, sesusah mana pun hidup kita, tapi kita masih OK lagi sebenarnya. Masih ramai lagi orang diluar sana yang jauh lebih susah dan miskin dari kita.

Jadi, BERSYUKUR lah. BERSYUKUR lah. Dan BERSYUKUR lah banyak2 pada Allah. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberikan kebahagian hidup kepada kita atas dunia yang sementara ini, lebih2 lagi kehidupan di akhirat nanti insyaAllah.

Bacalah kisah yang menyentuh emosi ini…

"Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini adalah dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Begini ceritanya…

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.
Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.


Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah.. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh.Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?”
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya


p/s : sekadar gambar hiasan

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu yer…….”

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. "

Cerita2 begini membantu kita tuk melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

  1. Solat sunat
  2. Berpuasa sunat
  3. Memperbanyakkan zikir
  4. Selalu bersedekah
  5. Bermain dan mengusap rambut anak yatim
  6. Mendengar cerita2 kesusahan orang lain
  7. Membantu orang2 yang susah dan miskin

Sekian, semoga ada manfaat tuk kita semua...

Hasil kiriman Nuratiah ismail (dotty_311@yahoo.com)

KORANG NAK BUAT MAKSIAT????BACA NI DULU!!!!!!

Ada Seorang lelaki mendatangi Ibrahim bin Adham, ia berkata,
"wahai imam, saya ingin bertaubat dan meninggalkan seluruh dosa yang saya miliki, Jika suatu saat saya kembali melakukanya, tunjukkanlah pada ku TERAPI yang dapat menghindarkan aku bermaksiat pada Allah."

Ibrahim bin Adham berkata," jika anda ingin bermaksiat kepada Allah, maka jangan melakukannya di atas BUMINYA!"
maka lelaki itu menjawab," Dimanakah saya dapat bermaksiat terhadapNya?"
"Di luar bumiNya!". jawab Ibrahim bin Adham
"Wahai imam, bagaimana hal itu dapat terjadi, sedangkan bola bumi ini dalam genggamanNya?" tanya lelaki tersebut
"Tidakkah engkau MALU bahwa bola bumi ini dalam genggamanNya namun engkau bermaksiat di atas bumiNya?" jawab Ibn Adham.

Kemudian Ibrahim bin Adham berkata, "Jika and aingin bermaksiat kepadaNya, maka janganlah engkau memakan REZEKINya."
lalu lelaki itu bertanya,"Maka, bagaimanakah saya dapat hidup?. "
"tidakkah engkau MALU memakan rezekiNya sedangkan engkau bermaksiat kepada Allah?"

kemudian Ibrahim bin Adham meneruskan bicaranya,"Jika anda berkeras untuk melakukan maksiat pada Allah, maka bermaksiatlah pada satu tempat yang Allah tidak dapat MELIHAT!"
lelaki itu bertanya,"bagaimana boleh aku seperti itu, sedangkan Dia selalu bersama kita di manapun kita berada?"
Ibrahim bin Adham menjawab,"Tidakkah engkau MALU bermaksiat kepadaNya sedangkan Dia LEBIH DEKAT denganmu?"

"Jika anda berkeras juga bermaksiat pada ALLAH, maka jika malaikat maut datang untuk MALAIKAT MAUT DATANG MENCABUT NYAWAMU, katakanlah kepadanya, tunggulah sebentar sampai aku bertaubat!"kata Ibrahim bin Adham.
"lantas, siapa yang memiliki kekuasaan menunda kematian seperti itu?" kata lelaki itu.
"Maka tidakkah engkau MALU, saat datang malaikat maut sedangkan engkau sedang dalam keadaan BERMAKSIAT?"

Kemudian ia melanjutkan perkataanya,"Jika anda enggan menghentikan perbuatan maksiat kepada Allah, tiba-tiba datang para malaikat ZABANIAH JAHANNAM mengheret anda masuk ke NERAKA, maka katakan kepada mereka, bahwa anda tidak ingin pergi bersama mereka!"
"Bagaimana mungkin, saya boleh bertindak demikian?"tanya lelaki itu.

Akhirnya Ibrahim bin Adham mengakhiri bicaranya dengan mengatakan,"tidakkah engkau MALU kepada ALLAH setelah mengetahui seluruh penjelasan ini?"

RENUNGKANLAH SAHABAT2 BETAPA BANYAK NIKMAT ALLAH YG KITA DUSTAKAN..KITA GUNA SEGALA MACAM NIKMAT ALLAH TP PADA MASA YG SAMA KITA INGKARI PERINTAH NYA...BUAT BNYAK KEMUNGKARAN DAN MAKSIAT..ADAKAH KITA SUDAH HILANG RASA TAKUT PADA PENCIPTA KITA...PILIH LAH ANTARA DUA KESUDAHAN WAHAI SAHABATKU, SAMADA INGINKAN NIKMAT SYURGA YG HAKIKI ATAU SEKSA NERAKA YG PANAS BERAPI-RAPI..!!!!!!!????

sumber:buku bertajuk {SEMULIA AKHLAK NABI, Amru Khalid}

Dr Sheikh Muszaphar Sebenarnya Angkasawan Kedua Malaysia?

Muszaphar_shukor

Setibanya saja ke bumi, angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muszaphar terkejut mengetahui beliau adalah orang yang kedua dari Malaysia yang berjaya naik ke langit.

Orang Malaysia yang pertama naik ke langit bukan orang Negeri Sembilan tapi orang Terengganu.Beliau dengan perasan terkejut nya tidak berpuas hati sebab kerajaan Malaysia dah isytiharkan beliau adalah angkasawan Malaysia pertama..tapi persoalannya siapakah gerangannya rakyat Malaysia yg telah mendahului Muszaphar tu?

.
.
.
.
.
.
.
.

.

.

Orang itu ialah AYAH PIN

AyahPin
Hehehe…juz joking..tp orang tua ni mmg sgt berbahaya..dia mampu sesatkan ramai orang..sebagai umat islam sepatutnya kita alert..jgn smpai terpengaruh dgn ajaran2 sesat yg skg ni mmg sgt bnyak..tp camne???senang je..back to the basic..Quran n Sunah..InsyAllah xkan sesat selamanya...Kita berdoa la yek moga mereka2 yg tersesat jauh ni dapat kembali ke pangkal jalan..amin.....

JOM RENUNG GAMBAR NI..BUKTI KEBENARAN ISLAM

Alangkah agungnya seorang yang syahid… Di akhirat memperoleh KENIKMATAN luar biasa. Mereka tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia. Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum…Ya Allah matikanlah diriku sbg syuhada juga Ya Allah..hanya padamu doaku panjatkan :(

Kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga mengukir senyum di bibir sang syahid, seperti yang kita lihat para Syuhada Gaza berikut ini:


sUmber

P/S : SAHABAT2 TIDAKKAH KITA MERASA KEBESARAN ALLAH DISINI..SUBHANALLAH INDAHNYA SYAHID...

KEADAAN KITA DI PADANG MAHSYAR KELAK....

BUAT YG MASIH ADA SECEBIS RASA KEINSAFAN DALAM DIRI...MARILAH KITA RENUNGKAN KEADAAN DI MAHSYAR KELAK..MOGA KITA SAMA2 INSAFI..WALAUPON PANJANG TRY LA BACA SMPAI ABIS..SGT MENAKUTKAN.....

















ALAM MAHSYAR


1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

BENCANA : AMARAN ALLAH DAH TIBA

Firman Allah s.w.t dalam al-quran :

"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)." (30:41)

Saban hari kita sering dengar berita2 bencana alam disana sini..tapi kebanyakan bencana ni berlaku di luar negara kita..Bagi hamba Allah yg beriman dan bertakwa mereka melihat musibah ini sebagai amaran dari Sang Pencipta.Tapi masih ramai lagi rakyat MALAYSIA khas nya masih leka dibuai angan2 duniawi...MENGAPA??!!!!Adakah kita semacam redha tuk dicampakkan ke dalam NERAKA yg panasnya 70 kali ganda dari api dunia..Sedarlah sahabat2 masa tidak bnyak lg..marilah sama2 kita perbaiki diri..JOM sama2 kita penuhkan masjid2 dan surau kita kerana dalam satu hadis nabi mengatakan antara pemuda2 yg mendapat arasy Allah di padang mahsyar kelak adalah pemuda yg hatinya sering terpaut pada masjid...RENUNG2KANLAH dan selamat beramal...

SAPA RASA DIA TERRER MATH CUBA TRY NI..HEHEHE

Bagi yang teror matematik, sila cari jawapan bagi persoalan berikut:

1) Ah Chin

Ah Chin miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga rm50. Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25 so die pegi la nak beli baju tu. masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm45. die bayar then die dapat baki rm5. die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1. die tinggal rm3. die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24. so die hutang rm48. die ade rm3 skarang. rm48+rm3= rm51 kenapa boleh ade rm51? sedangkan die pinjam rm50.?

2) Abu

Abu miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga rm50. Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25 so die pegi la nak beli baju tu. masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm44. die bayar then die dapat baki rm6. die bagi kawan A rm2 dan die bagi kawan B rm2. die tinggal rm2. die hutang kawan A rm23 dan die hutang kawan B rm23. so die hutang rm46. die ade rm2 skarang. rm46+rm2= rm48 mana lagi rm2?

3) Rama-sami

Rama-sami miskin. Die takde duit. Die nak beli baju yang berharga rm50. Die pinjam kat kawan A rm25 dan die pinjam kat kawan B rm25 so die pegi la nak beli baju tu. masa die pegi. die tgk baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga rm47. die bayar then die dapat baki rm3. die bagi kawan A rm1 dan die bagi kawan B rm1. die tinggal rm1. die hutang kawan A rm24 dan die hutang kawan B rm24. so die hutang rm48. die ade rm1 skarang. rm48+rm1= rm49
kenapa jumlah duit dia jadi rm49? Ke mana hilang rm1?

SALAM PERKENALAN

SALAM...testing2..alhamdulillah akhirnye first post dalam blog ni berjaya dilancarkan setelah sekian lama aku nak try belajar cara wat blog ni..siap ada kawan2 yg perli lagi tu blog ak kosong..huhu..papepon insyAllah semoga blog ni dapat mmberi manfaat pada diri aku khas nye dan kawan2 skalian umumnye..skg ni ramai tul kawan2 yg men blog..so cam rasa terdetik plak kat hati ni nak try berblog.xnak la ketinggalan kan..mntau ble berkongsi input2 ker...so sudi2 la ziarah yer....insyAllah mintak la tunjuk ajar kalau ada yg tersalah..budak baru belajar lagi ni :)