JELASKAH MATLAMAT HIDUP MU DUHAI SAHABAT???

Salam...kelihatan dalam sebuah sebuah program agama di sebuah sekolah, sang ustaz sedang bertanyakan sesuatu pada peserta nya..

Penceramah : Kamu asal dari mana
Peserta : Saya dari kajang ustaz
Penceramah : Oh jadi raya haji ni balik kajang la ye
Peserta : mestilah..rindu pada ibu dan ayah (senyumnya smbil mengangguk2)
Penceramah : Adik datang ke sekolah ni tuk ape yer
Peserta : Dah tentu nak belajar ustaz..xnak hampakan harapan ibu dan ayah (jawabnya yakin sekali)
Penceramah : Lihat!!Adik ni datang dari kajang dan dia tahu bila smpai waktu nya dia akan pulang ke kajang dan dia juga tahu kenapa dia berada di sekolah ini..bukan saja2 makan angin atau sekadar menghabiskan duit ibu ayah..matlamat nya jelas..

Sahabat,
Melalui dialog di atas aku cuba merungkai persoalan2 mudah dan mengajak sejenak para sahabat tuk merenung jauh tentang tiga persolan pokok berkenaan kehidupan kita di dunia ini :-

Dari mana kita datang??
Apa tujuan kita didatangkan??
Ke Mana kesudahan kita??

Persoalan sebegini sudah tentunya fitrah bagi manusia..Ramai yg memikirkan nya tp tidak semua yg mendapat jawapan tepatnya..Hati dan akal yg sihat sudah tentu mencari dan merungkai persoalan ini dengan petunjuk wahyu dan bukan hanya selera nafsu semata..

Melihat pada penyakit sosial yg melanda para remaja dewasa ini seperti salahguna dadah,arak,pergaulan bebas,seks bebas,pelacuran,ragut,rempit,rogol,video lucah,pukul guru,derhaka pada ibu bapa,murtad dan sebagainya, hati dan minda ini tetiba tertanya2 : Sedarlah kita wahai remaja adakah untuk ini Allah ciptakan kita di dunia????!!!

Kita adalah apa yg kita fahami..Ketidakjelasan matlamat hidup menyebabkan kita terjerumus dalam lembah penyakit2 sosial tadi..Ayuh lah duhai remaja..bangkit lah!!!tuntutlah ilmu sebnyak mungkin..bukan setakat ilmu dunia..tp ilmu akhirat itu sepatutnya dilebihkan..kita adalah benih2 harapan ISLAM tuk membangkitkan nur nya kembali yg kian malap skarang...

Setiap pihak dengan segala kemampuan perlulah bersama2 menggembling tenaga tuk membetulkan remaja tika ini..Masih ramai lg remaja di luar sana yg keliru dgn identiti mereka..Marilah bersama kita membimbing mereka ke jalan yg sebenar."JALAN HIDAYAH".Kita semua bertanggungjawab memikul tugas sbg hamba Allah dan khalifah di muka bumi ini serta menyambung tugas dakwah nabi tercinta Muhammad SAW.

Apa yg dapat disimpulkan disini adalah peranan remaja itu sendiri.Jika anda seorang remaja, dan memahami peranan anda sbg khalfah Allah,ketahuilah, ramai remaja di luar sana yg mendamba teman sejati seperti anda. Mereka tiada tempat utk meluahkan isi hati dan permasalahan hidup. Dekatilah remaja sebaya anda dan berperananlah menjadi teman sejati buat mereka..AYUH!!!!INI TUGAS DAKWAH,SERUAN BESAR PARA NABI,KITALAH YG HARUS MENYAHUTNYA..!!!!

No comments:

Post a Comment