TSUNAMI INDONESIA : KEBETULAN ATAU PENGAJARAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t,

"Astghfirullah..tu dia..Allah dah tunjuk dah..Allah dah tunjuk dah"..getus hati ku...Musibah yang berlaku di Indonesia!!bermula dari jerebu yg berlaku di Malaysia sebelumnya berlarutan hingga menjadi letusan gunung berapi, gempa bumi dan seterusnya tsunami yang telah mengakibatkan kematian 113 orang di Indonesia setakat ini..

Apa semua ini!!!!Adakah manusia masih buta hati-hati mereka???

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kamipun membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka dengan sekonyong-konyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa."
(Al-An'am : 44 )

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(Ar-Rahman : 21)

Maksiat berleluasa..hiburan, tarian, nynyian yang memaparkan tubuh-tubuh wanita semakin mudah kita lihat di negara-negara yang kononnya ramai pemimpin-pemimpin Islam..meminjam kata-kata seorang pengacara rancangan Edisi Siasat "APA KEJADAHNYA SEMUA INI"..

AMARAN Allah telah datang tapi manusia masih lagi diulit dengan mimpi-mimpi kesenangan dunia...

ALLAH BERFIRMAN : ‘’DAN SUNGGUH AKAN KAMI BERIKAN COBAAN KEPADAMU, DENGAN SEDIKIT KETAKUTAN, KELAPARAN, KEKURANGAN HARTA, JIWA DAN BUAH-BUAHAN. DAN BERIKANLAH BERITA GEMBIRA KEPADA ORANG-ORANG YANG SABAR"
(AL BAQARAH : 155)

"Man jom g surau solat jemaah..kau dah lama tak solat jamaah sama2 kan.."ajak seorang sahabat...

"ala nanti lah..kau pergi la dulu..aku tengah seronok main game ni..nanti ak g la solat jamaah tu."jawab man pulak...

"Siti pakai la tudung..tutuplah aurat awak tu dengan sempurna..buang je baju-baju yang ketat tu.dosa tau.." nasihat fatimah pada Siti

"Alah ko ni sibuk je!!macam baik sangat pulak..dah cam ustazah aku tengok..nanti aku tua aku bertaubat la..tengok artis-artis tu..sempat je dah tua bertaubat n pakai tudung..aku nak tiru cam dorang la..muda-muda ni enjoy dulu dah tua baru la duduk atas sejadah."balas siti kembali..

Dua dialog yang biasa kita dengar kan dan mungkin ada yang dah lali pon dgn ayat-ayat seperti ini.Seringkali ramai yang memberikan alasan bila diajak kearah kebaikan.Persoalannya adakah kita tahu bila kita akan MATI??!!Adakah kita merasa kita masih sempat berjumpa dengan hari-hari tua kita???

Bangunlah sahabat..sedarlah..Mati itu adalah suatu benda yang pasti..Marilah sama-sama kita pasang azam tuk berubah kepada yang lebih baik..Mula lah dari sekarang dan bukannya ditangguh-tangguh hingga esok hari..Kepada lelaki rajinlah bersolat terutamanya solat jamaah kerana setiap kita adalah pemimpin dan kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita pimpin..Pada wanita pula tutup lah aurat anda dengan sempurna dan bukannya separuh-separuh kerana takut-takut musibah Allah tu melanda kita tatkala kita tengah bermaksiat pada Nya..Astghfirullah!!

Kat bawah ni aku selit sikit gambar-gambar musibah yang berlaku di indonesia. Moga ada manfaat darinya..Ingatlah kawan2 jangan tunggu esok untuk berubah kerana belum tahu lagi adakah Allah masih memberi kita peluang untuk bangun pada esok hari.

Beberapa pulau kecil di Kepulauan Mentawai dilanda tsunami setinggi 3 meter


Tunggu Malaysia jadi camni ke baru masjid akan penuh??


Adakah musibah yg melanda akan menjadikan kita insaf atau sebaliknya?

Gambar di Pulau Sipora Indonesia selepas gempa bumi berskalai 7.5 ritcher melanda

Bantuan terus menerus dikirimkan ke Pulau Mentawai

Wallahualam.. :(

3 comments:

  1. Tau napa tak sedar?..sbb musibah tu tak kna kat diri sendiri..kalu kna macam kat indonesia tu baru sedar... tengok la..malaysia masih diber kebebasan olehNya... Mana nak sedar kan...

    ReplyDelete