BOLEH KE KITA WISH MERRY CHRISTMAS???

SALAM..

Haaa post ku kembali lg..tp maaf sgt post berkaitan krismas ni kuar lmbat..patutnya ak post sebelum krismas aritu lg spy jd panduan..tp dek kerna kelam kabut gila xpat pos..huhu..ak tengok skg ni rmai tul dak2 khususnya islam dgn slamba nye wish2 benda2 merry krismas ni..so ak nak kongsi la sket ilmu ngn korang..artikel ni agak pnjang tp harap korang baca la ek..ini berkaitan akidah kita..moga bermnfaat (ambil perhatian pada bhg yg ak bold kan) :-

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya:
Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) kepada orang-orang Kafir? Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita? Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?


Jawapan:
Mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) atau perayaan keagamaan mereka lainnya kepada orang-orang kafir adalah haram hukumnya menurut kesepakatan para ulama (ijma).

Hal ini sebagaimana dinukil dari Ibn al-Qayyim rahimahullah di dalam kitabnya Ahkam Ahl adz-Dzimmah, beliau berkata: Adapun mengucapkan selamat berkenaan dengan syiar-syiar kekufuran yang khusus bagi mereka adalah haram menurut kesepakatan para ulama, seperti mengucapkan selamat terhadap hari-hari kebesaran mereka dan puasa mereka, walau sekadar mengucapkan, Semoga Hari raya anda diberkati atau anda yang diberikan ucapan selamat berkenaan dengan perayaan hari besarnya itu dan semisalnya.

Perbuatan ini, kalaupun orang yang mengucapkannya dapat lari dari kekufuran, maka dia tidak akan lari dari melakukan hal-hal yang diharamkan. Ucapan semacam ini setara dengan ucapannya terhadap perbuatan sujud terhadap salib bahkan lebih besar dari itu dosanya di sisi Allah. Dan amat dimurka lagi bila memberikan selamat atas minum-minum khamar, membunuh jiwa, melakukan perzinaan dan sebagainya. Banyak sekali orang yang tidak sedikitpun tersisa kadar keimanannya, yang terjatuh ke dalam hal itu sementara dia tidak sedar betapa buruk perbuatannya tersebut. Jadi, barangsiapa yang mengucapkan selamat kepada seorang hamba karena melakukan suatu maksiat, bid’ah atau kekufuran, maka bererti dia telah menghadapi kemurkaan Allah dan kemarahan-Nya.

Mengenai kenapa Ibn al-Qayyim sampai menyatakan bahawa mengucapkan selamat kepada orang-orang kafir berkenaan dengan perayaan hari-hari besar keagamaan mereka haram dan posisinya demikian, kerana hal itu mengandungi persetujuan terhadap syiar-syiar kekufuran yang mereka lakukan dan meredhai hal itu dilakukan mereka sekalipun dirinya sendiri tidak rela terhadap kekufuran itu, akan tetapi adalah HARAM bagi seorang Muslim meridhai syiar-syiar kekufuran atau mengucapkan selamat kepada orang lain berkenaan dengannya karena Allah Taala tidak meredhai hal itu, sebagaimana dalam firman-Nya.

Ertinya: “Jika kamu kafir maka sesungguhnya Allah tidak memerlukan (iman)mu dan Dia tidak meredhai kekafiran bagi hamba-Nya; dan jika kamu bersyukur, niscaya Dia meredhai bagimu kesyukuranmu itu.:” [Az-Zumar:7]

Ertinya : “Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agamamu.” [Al-Ma`idah :3]

Jadi, mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengan hal itu adalah haram, baik mereka itu rakan-rakan sepejabat dengan kita seorang (Muslim) ataupun tidak.

Bila mereka mengucapkan selamat berkenaan dengan hari-hari besar mereka kepada kita, maka kita tidak boleh menjawabnya karena hari-hari besar itu bukanlah hari-hari besar kita. Juga keranana ia adalah hari besar yang tidak diredhai Allah Taala; baik disebabkan perbuatan mengada-ada ataupun disyariatkan di dalam agama mereka akan tetapi hal itu semua telah dihapus oleh Din-ul-Islam yang dengannya Nabi Muhammad Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam diutus Allah kepada seluruh makhluk. Allah Taala berfirman.

Artinya : “Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi”. [Ali Imran:85]

Kerana itu, hukum bagi seorang Muslim yang memenuhi undangan mereka berkenaan dengan hal itu adalah HARAM kerana lebih besar dosanya berbanding mengucapkan selamat kepada mereka berkenaan dengannya. Memenuhi undangan tersebut mengandung makna ‘ikut serta’ bersama mereka di dalamnya.

Demikian pula, haram hukumnya bagi kaum Muslimin menyerupai orang-orang Kafir, seperti mengadakan majlis atau pesta-pesta berkenaan dengan hari besar mereka tersebut, saling memberi hadiah, membagi-bagikan manisan, hidangan makanan dan semisalnya. Hal ini berdasarkan sabda Nabi Shallallhu ‘alaihi Wa Sallam,

Ertinya : “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian dari Mereka”. [Hadits Riwayat Abu Daud]

Syaikhul Islam, Ibn Taimiyah berkata di dalam kitabnya Iqtidl` ash-Shirth al-Mustaqm, Mukhlafah Ashhb al-Jahm:

Menyerupai mereka di dalam sebahagian hari-hari besar mereka akan menyebabkan timbulnya rasa senang di hati mereka atas kebatilan yang mereka lakukan, dan barangkali hal itu membuat mereka mencari-cari kesempatan (dalam kesempitan) dan menghinakan kaum lemah (iman). Dan barangsiapa yang melakukan sesuatu dari hal itu, maka dia telah berdosa, baik melakukannya kerana berbasa-basi, ingin mendapatkan simpati, rasa malu atau sebab-sebab lainnya kerana ia termasuk bentuk peremehan (penghinaan) terhadap Dinullah dan merupakan sebab hati orang-orang kafir menjadi kuat dan bangga terhadap agama mereka.

Kepada Allah kita memohon agar memuliakan kaum Muslimin dengan Din mereka, menganugerahkan kemantapan hati dan memberikan pertolongan kepada mereka terhadap musuh-musuh mereka, sesungguh Dia Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

[Disalin dari Majmu Fatwa Fadllah asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Jilid.III, h.44-46, No.403]

p/s :- Kalau ikut pandangan di Malaysia pulak selepas ak merujuk pada JAKIM ttg isu boleh atau tidak kita menghadiri sambutan perayaan non-muslim, pihak JAKIM mmberikan dua hujah.boleh dan tidak boleh(haram).Tapi kita dibolehkan menghadiri majlis perayaan non muslim ini pon dgn bersyarat..ini adalah ulasannya :

KRITERIA PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM YANG BOLEH DIHADIRI OLEH ORANG ISLAM

3.1 Dalam menentukan perayaan orang bukan Islam
boleh dihadiri oleh orang Islam, beberapa kriteria
utama perlu dijadikan garis panduan supaya ia tidak
bertentangan dengan ajaran Islam. Kriteria-kriteria
tersebut adalah seperti berikut;

3.1.1 Majlis tersebut tidak disertakan dengan
upacara-upacara yang bertentangan dengan akidah Islam.

Maksud "bertentangan dengan akidah
Islam" ialah sesuatu perkara, perbuatan,
perkataan atau keadaan yang jika dilakukan
menyebabkan tercemarnya akidah umat Islam.

Contohnya;

i. Menyertakan simbol-simbol agama seperti
salib, memasang lampu, lilin, pokok krismas
dan sebagainya.

ii. Menyanyikan lagu-lagu bercirikan agama.

iii. Meletakkan apa-apa tanda bercirikan agama
pada dahi, atau tanda-tanda lain pada anggota
tubuh.

iv. Memberikan ucapan atau isyarat yang
berbentuk pujian kepada agama orang bukan
Islam.

v. Tunduk atau melakukan perbuatan seolah-olah
menghormati upacara agama orang bukan
Islam.

3.1.2 Majlis tersebut tidak disertakan dengan
perbuatan yang bertentangan dengan
syarak.

Maksud "bertentangan dengan syarak"
ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan
atau keadaan yang jika dilakukan akan
bertentangan dengan ajaran Islam yang
diamalkan oleh masyarakat Islam.

Contohnya:

i. Memakai pakaian berwarna merah seperti
Santa Claus atau pakaian lain yang
melambangkan agama;

ii. Menghidangkan minuman atau makanan yang
memabukkan dan seumpamanya;

iii. Mengadakan bunyi-bunyian atau hiasan seperti
loceng gereja, pokok krismas, kuil atau
memecah kelapa;

iv. Mengadakan acara yang berunsur perjudian,
penyembahan, pemujaan, khurafat dan
sebagainya.

3.1.3 Majlis tersebut tidak disertakan dengan
"perbuatan yang bercanggah dengan
pembinaan akhlak dan budaya masyarakat
Islam" di negara ini.

Maksud "bercanggah dengan pembinaan
akhlak dan budaya masyarakat Islam" ialah
sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau
keadaan yang jika dilakukan akan bertentangan
dengan nilai dan norma kehidupan masyarakat
Islam negara ini yang berpegang kepada ajaran
Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Contohnya:

i. Percampuran bebas tanpa batas dan adab sopan;

ii. Berpakaian yang menjolok mata;

iii. Mendendangkan lagu-lagu yang mempunyai seni
kata berunsur lucah serta pemujaan;

iv. Mengadakan program seperti pertandingan ratu
cantik, laga ayam dan sebagainya.

3.1.4 Majlis tersebut tidak disertakan dengan perbuatan yang
boleh "menyentuh sensitiviti masyarakat Islam".

Maksud "menyentuh sensitiviti masyarakat Islam"
ialah sesuatu perkara, perbuatan, perkataan atau
keadaan yang jika dilakukan akan menyinggung
perasaan umat Islam tentang kepercayaan dan amalan
mereka.

Contohnya:
i. Ucapan-ucapan atau nyanyian berbentuk dakyah
keagamaan bukan Islam;

ii. Ucapan-ucapan yang menghina umat Islam;

iii. Ucapan-ucapan yang menghina agama Islam;

iv. Persembahan yang bertujuan mempersendakan
pegangan agama masyarakat Islam.

3 comments:

  1. Heheew...haram pula ya...tu dulu kena tsunami di acheh lepas tu musihbah banjir di semenanjung malaysia

    ReplyDelete
  2. Heheew...haram pula ya...tu dulu kena tsunami di acheh lepas tu musihbah banjir di semenanjung malaysia

    ReplyDelete