JOM Puasa Assyura pada 26 dan 27 Disember 2009 (sabtu n ahad).

Salam..

sahabat sekalian,26 dan 27 disember ni yg mana bersamaan dgn 9 dan 10 muharam adalah hari yg mana nabi saw telah mensunatkan kita tuk berpuasa..bnyak fadilatnya kalau sahabat sekalian nak tau..

Antara fadhilatnya ialah bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, lalu Baginda SAW menjawab : “Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (HR Imam al-Tirmizi).

Adapun tentang puasa pada 9 Muharram pulak, dalilnya juga berpandukan hadith Nabi SAW yang menyeru agar puasa 9 Muharram dilakukan.

Daripada Ibnu Abbas RA katanya : “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura, Baginda mengarahkan orang ramai supaya turut berpuasa. Mereka berkata : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya hari ini adalah hari yang dibesarkan oleh kaum Yahudi dan Nasrani.

Rasulullah SAW menjawab : “Sekiranya pada tahun hadapan, jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa pada hari ke-9″.

Ibnu Abbas berkata : “Tidak sempat munculnya tahun hadapan, Rasulullah SAW wafat terlebih dahulu.” (HR Muslim)

Antara tujuan puasa digandingkan 2 hari itu kerana untuk bezakan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

JOM la ramai2 kita berpuasa dan mengadakan jamuan berbuka untuk menambahkan syiar ibadah ini.

p/s : Jgn lepaskan peluang ni..rebutlah pahala puasa sunat ni bersama2 :)

No comments:

Post a Comment